20 November 2011

It's Not My First Experience

Assalamualaikum.

Ini adalah post yang pertama aku di blog ini. Siapa yang dah kenal tu, mesti tahu dah berapa kali aku delete blog. Kan kan kan? Kalau tak silap dah masuk empat kali kot. Woah, hebat tak? Aku memang, suka suki je delete ikut hati. Pendirian tak tetap. Kesah apa kan? Kalau boleh aku tak nak ada orang tahu identiti aku. Bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Kannn? Low profile lah konon kira nya ni. Heh, apa apa je la. Yang utama, aku tetap aku. Ikut rasa, ikut hati. Kau tak suka? Blah jauh jauh :')

Blog sebelum ni, tak boleh nak luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam. Apa yang aku ingin luahkan. Sebab? Ramai sangat yang dok skodeng. Alah, bukan la nak bajet hot kat sini, tapi aku memang hot nak buat macam mana kan? Okay, sila muntah banyak banyak. Bluerkk! Haha, taklah. I did'nt mean to say it okay. Gurau gurau je. Blog sebelum ni ramai kenalan aku tahu. So aku rasa macam tak selamat kalau nak cerita apa apa. Eh, bukan maksud nya gunakan blog untuk sesi mengumpat, kutuk-mengutuk or else. Tapi aku tak boleh nak cerita masalah peribadi. Fyi, aku tak kan cerita my personal matter dengan kawan or even family. Sebab aku tahu diorang langsung tak berminat. Nak cerita buat apa kan? Lebih baik pendam atau luahkan di sini.

So aku meletak harapan yang amat tinggi supaya blog kali ini kekal buat selamanya. Taknak lah asyik tukar tukar je. Nanti orang kata aku playgirl. Curang. Okay, langsung tak ada kena mengena. --'