29 December 2013
29 Disember 2013
Assalamualaikum.
Hai aku datang lagi! Last post ; 2 Oktober 2013. Wow. Lama dah aku tak menaip. Mungkin diri aku sendiri. Yang menulis ikut mood. Kini ingin aku sajikan santapan cerita selama dua bulan sejak aku biarkan rumah usangku ini.
Untuk aku bercerita from A to Z memang tak. Sebabnya, daya ingatan aku yang tak seberapa. Hanya beberapa perkara penting yang aku masih ingat.
Suatu hari aku attend satu meeting. Meeting kecil kecilan. Di sini, aku di brainwash. Haha! Aku tak salahkan mereka. Sebabnya, semua yang mereka cakap tu betul. Dan aku sedar perkara tu. Tapi, satu masalah aku malu. Aku takut untuk berubah. Aku beruntung mengenali mereka, kerana mereka seolah olah mengerti apa yang aku rasa dan mereka bantu aku untuk berubah. Sejak dari meeting tu, serta merta perasaan ni berubah. Aku merasa lebih sayangkan mereka dan mereka seolah olah adik beradik aku sendiri. Ribuan ucapan terima kasih buat mereka yang membantu aku. Kini aku berusaha. Untuk lebih aktif! Taknak pasif pasif dahh. :)
Oh ya. Seminggu sebelum EPT, aku mengambil risiko untuk pergi bercuti. Berani kann? Nama bercuti. Makanya memang taklah aku nak bukak buku. Lokasi kami sekeluarga kali ini ke bandar bersejarah dimana tempat aku dilahirkan iaitu Melaka. Selama empat hari tiga malam kami disana. Dia punya seronok, uish tak dapat diungkapkan dengan kata kata. And it was my first experience pegang ular, Feeling dia seronok bercampur takut. Hee. Satu benda yang aku beli di Melaka dan benda ni aku gunakan untuk prank orang. And yes I did it! Ahha :D Satu kelas menjerit dengan 'cicak getah'. Minta maaf lah kawan kawan hihi. Tempat biasa orang lawati, Zoo Melaka, Muzium Samudera, Taman Reptilia and etc.
As usual, tatkala aku melangkahkan kaki ke Melaka, mesti aku terkenagkan seseorang. Seseorang yang pernah mendidik aku subjek ** untuk menempuh peperiksaan SPM dahulu. Dia ni bujang. Masa SPM dulu aku pernah minat kat cikgu ni. Dulu k dulu. Haha #gatalbaqhang Nak dijadikan cerita, hari kedua aku di Melaka, cikgu ada text aku. #tautaujekitafikirkandia Just inform aku ada benda yang dia nak bagitahu. Ok, apa feeling korang kalau ada orang cakap macam ni dan biarkan tergantung macam tu dengan penuh tanda tanya? Ohh perasaan tu sangat tidak enak. Sebenarnya aku dah dapat rasakan apa yang dia cuba bagitahu. Tapi aku ubah mindset aku. Dan akhirnya aku berjaya ubah mindset tu. Empat hari aku kat Melaka dengan perasaan tanda tanya. Akhirnya...... Ternyata instinct aku benar. I'm speechless. But he's just confess what he felt. Not more than that. Jadi takda apa yang perlu aku katakan selain daripada ucapan terima kasih kerana mendoakan aku. Itu sahaja. Cerita kami berakhir disitu tanpa sebarang kata. Cuma satu yang aku harapkan, ukhuwah kita semua geng PTM takkan retak.
Habis bab tu masuk bab lain. Sekarang, cuti sem. Aish, 2 minggu je pun. Tahun depan sem 3. maksudnya sem yang banyak kerja. Dengan subjek yang melambak, ditambah pula dengan komitmen pada society, dengan event yang melambak. Nampak gaya macam aku jarang balik sem depan wuu. Mudah mudahan aku dapat bahagikan masa dengan betul. Subjek sem depan tough pulak tu. I'm going to tak Psychology next sem hoi. Subjek favourite! Walaupun tak pernah belajar... Samapi hari ni, aku rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil course ini di universiti pilahan pertama di hati. Kadang aku fikir.. Allah beri semua yang aku nak. Tapi aku jarang melaksanakan tanggungjawab aku terhadapNya... Pentingnya rasa bersyukur tu supaya kita tak lupa dari mana semua nikmat ni datang kalau tak dari Allah S.W.T.
Cukup sampai disini dahulu aku berceloteh. Mungkin dua bulan akan datang aku datang balik? Hihi. Jika diizinkan Allah..Akhirkalam, ampunkan diri ini jika ada buat sesiapa terasa. Yang buruk datang dari diri yang jahil ini manakala yang baik baik datang dari Allah maha besar..
Wassalam.
Inspirasi oleh
impian ashiey