02 October 2013

First Year, First Semesster,


Assalamualaikum.

Oh blogspot,kekasihku. Aku memohon seribu kemaafan diatas ketidak hirauan aku terhadap kau,wahai blogspot. Saat ini, 2 Oktober jam 4.28 petang aku menjenguk engkau semula. Waktu ini aku dalam keadaan bahaya. Ya, dangerous. Kerana aku telah pulang kerumah dengan senyap senyap. Ehhe. Moga fellow tak dapat tangkap.

Oh ya. Walaupun aku dalam medan pertempuran menghadapi final exam, aku masih lagi bersenang lenang di sini. Sungguh aku tak percaya. Berbaki seminggu sahaja lagi untuk aku habiskan semester yang pertama di CFS IIUM ini. Saat saat terakhir aku dan kawan kawan bersama lecturer itu sangat menyedihkan. Alhamdulillah kami dikurniakan lecturer yang sangaaaaat lah baik dan sekepala dengan kami sebenarnya. Aku bersyukur kerana kami tidak diberi task yang banyak. Pabila aku melihat gelagat rumetku, aku berfikir sejenak. "Bila aku nak banyak kerja macam diorang?" Haa kan.

Jujur aku kata. Aku lebih merasa seronok sekarang berbanding dahulu. Mungkin suasana, kawan kawan atau mungkin.... Walau apa pun, aku tetap merindukan waktu dahulu. Kini, aku berani mengatakan yang aku kini tidak seperti dahulu lagi. Aku yang dahulunya pendiam kini menjadi 'agak' banyak cakap. Aku yang dahulunya control 'macho' kini menjadi diri sendiri. Senang cerita everything went well here.