23 September 2012

Kembali Lagi


Assalamualaikum.

Hai semua! 'Lama tak update blog'. Ayat cliche. Ahha. Sebenarnya sebelum ni sibuk dengan blog yang lagi satu, tapi setelah beberapa bulan blog itu dipadam konon-kononnya nak fokus SPM, tapi aku tak dapat tahan rasa nak menulis dan berkongsi pengalaman hidup dengan anda yang sudi membaca. Well.aku akui dengan kehadiran blog dalam hidup aku sedikit sebanyak dapat menambah baik daya imaginasi aku untuk menulis karangan dalam setiap ujian dan peperiksaan di sekolah. Kerana itu,kesan daripada lama tidak menulis di blog dan sikap yang sedikit malas mengulang kaji pelajaran, menyebabkan penulisan ku menjadi semakin merosot. Haa kerana itu aku mengambil keputusan untuk meneruskan kegiatan ini tetapi tidak lah selalu memandangkan peperiksaan SPM yang bakal menjelang pada 5 November 2012.

Sepanjang beberapa bulan aku berhenti menulis, pelbagai perkara yang aku pasti akan terpahat dalam ingatan aku buat selamanya. Kalau nak cerita dekat sini, mungkin mengambil masa berabad lamanya. Ecehh melampau betul. Past is past. Yang penting, teruskan kehidupan dan fokus pada matlamat, 9A+. Bila aku jatuh cinta~ eh bukan, itu lagu Awi Rafael. Bila aku dah berjaya dalam hidup, akan ku curahkan segala bakti kepada kedua orang tua ku dan tidak lupa juga mereka yang telah banyak menyokong aku di waktu aku dalam kesukaran.

Aku rasa cukup sampai di sini dahulu. Oh ya, sebelum aku mengundurkan diri ingin sekali aku memberi sedikit kata-kata yang mungkin dapat membantu kalian dalam menjadi seorang anak yang terbaik. Ibu dan bapa adalah anugerah yang tidak terhingga buat kita semua. Sewaktu mereka masih ada, mungkin kita terlalu mengikut hati dan tidak menghargai ibu bapa. Darah muda lah katakan. Tapi cuba anda bayangkan,di mana,bagaimana dan apa yang akan terjadi jika salah seorang atau kedua-duanya sekali meninggalkan kita. Hargai lah ibu bapa, beri layan five star kepada mereka agar kita semua tidak meneysal di kemudian hari.

p/s mohon ampun jika ada tersalah kata,sesungguhnya yang baik datang daripada Allah,dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. As salam.