26 January 2013

Kehidupan Selepas SPM


Assalamualaikum.

Jujur aku cakap aku lupa password blog. Hari ni baru boleh update. Ada banyak cerita aku nak coret kat sini tapi ikut pada kemampuan dulu ya. Sebulan lebih dah aku menjadi bekas pelajar sekolah dan aku akui sangat bosan ok! End of last Disember,punyalah cari kerja sekali dapat King's Bakery. Nak tahu? Dua hari je aku disitu. Penat tak boleh duduk plus partner dengan Nepal. WO please tak nak! Finally aku bekerja di sebuah butik, Seri Love Boutique. Dekat saja dengan rumah. Hari ni,kira masuk dua puluh satu hari aku bekerja termasuk cuti la. Cun tak? Alhamdulillah setakat ni bos semua ok. Tapi tu lah, tak sampai sebulan bekerja di sini, dah ada satu cerita dan perasaan yang tak sepatutnya wujud dalam hati. Insyaallah,aku cuba mengawal diri. Untuk orang yang terlibat dalam cerita ni, sy minta maaf sangat sangat. Sy tak minta perkara sebegini terjadi!
Betul lah kata orang, bukan kata aku! Hidup akan makin rumit bila kita keluar dari alam persekolahan. Ini baru nak sambung belajar,kalau dapat la. Belum alam pekerjaan,alam perkahwinan. Pasti makin mencabar dan menguji keimanan. Apa yang penting sentiasa berpegang teguh pada pendirian diri dan berfikiran,bersikap positif. Sentiasa jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Pengalaman hari semalam kita jadikan pedoman agar kehidupana masa depan kita akan lebih berjalan dengan l;ancar. Insyaallah.