12 February 2013

Everything


Assalamualaikum.

Hari ini cuti kedua Chinese New Year dan aku pula harus bekerja. Ah sungguh penat badanku ini. Walaupun kerja aku tak serupa kerja, duduk tengok tv sambil tunggu customer mai, tapi menuggu tu lah perkara yang paling aku tak suka. Badan baru sihat sikit dari demam. Ini pun ada saki baki demam yang ditinggalkan iaitu selsema dan batuk. 7 Februari 2013 aku kerja separuh hari sebab tak tahan sangat rasa macam nak tumbang bergolek-golek dalam kedai. Oh melampau betul. Rasa serba salah dalam diri toksah cakap, tebal ibarat kerak bumi sebab Kak Pah yang dari jauh terpaksa bergegas ke Kelana Jaya untuk menggantikan aku. Pada keesokan harinya ingat nak gagahkan juga pergi kerja. Sebab apa? Serba salah. Tapi nasib baik pagi pagi lagi Kak Pah dah message bagi green light untuk cuti. Alhamdulillah. Boleh bagi badan ni rehat dengan secukupnya. Sabtu mai kedai satu sale pun ilek. Why? Chinese New Year meh. Jalan besar toksah cakap, boleh merangkak la kalau nak melintas. Kosong tanpa kereta. Hari ini pun sama juga, cuma ada lah customer tetap yang mai beli produk favaurite depa. Ok la daripada takda kan? Oh ya satu lagi, Ahad lepas aku dan keluarga keluar makan hasil daripada gaji yang aku dapat. Sepanjagng hari tu, kami sekeluarga bercerita tentang sebuah cerita misteri. Ya, misteri. Misteri gangguan yang dialami penghuni bilik tidur aku sendiri. Adik aku, pernah dihempap oleh 'sesuatu' sewaktu tidur dibilik itu. Kakak aku, terdengar orang ketuk pintu. Aku pula? Setakat ni, paling banyak pernah aku kena bunyi ketuk pintu dan guli terabur dari tingkat atas. Tapi satu peristiwa yang pada aku paling dahsyat ialah, sewaktu aku baru sahaja mahu melelapkan mata, aku berguling-guling diatas katil akibat kepanasan yang amat pada malam itu. Sedang aku berguling-guling,tiba-tiba aku merasakan kaki aku telah menindih sebuah tangan. Sebuah ke? Tak kisah la. Tapi itulah cerita nya. Dan pada malam kami bercerita tu, kakak aku mengigau dan aku tersedar mendengar dia menyebut 'Allahuakbar' berulang kali. Menurut kakak aku,suasana dalam mimpi itu sebiji seperti didalam bilik kami dan terasa seperti real.Apa yang beliau mimpi ialah, 'benda' itu baring diantara aku dan kakak aku. Sungguh menyeramkan. Aku tidaka dapat tidur pada malam selepas itu kerana ketakutan. Aku harap tiada apa yang buruk akan berlaku. Itu sahaj yang aku pinta. Oh ya, aku ingin bercerita tentang perasaan aku. Tiba tiba aku terfikir, sebenranya aku ini lonely. Takda kawan langsung ok. Kawan tak macam kawan bagi aku. Susah nak cari sahabat sejati dan akau rasa sifat sahabat sejati itu susah nak cari dalam diri anak muda zaman sekarang kan?