26 May 2013

Me Back


Assalamualaikum.

Seperti biasa, dah lama tak update blog. Punca malas dan lupa password. Merujuk pada entri yang lepas, bertarikh 12 February 2013. Dan hari ini, 26 May 2013. Wah sangat jauh perbezaan tarikh bukan? Begitu ketara sekali kemalasan yang melanda muahaha. Apa tidaknya, habis je Spm langsung tak buat apa. Kerja pun macam tak kerja rasanya. Dan dengan malu malu meownya daku mengumumkan berat badanku naik secara mendadak! Hebat bukan? Ya sangat hebat. Sesungguhnya modal sebanyak RM200 ku dilabur ke Herbalife lebur begitu sahaja kerana aku yang tidak memegang komitmen secara serius. Sedihnya hatiku. Sedar tak sedar dekat setengah tahun otak aku aku berkarat tanpa di servis dengan minyak pelincir. Eh! 2 minggu dari sekarang aku akan menyambung pelajaran ku di Pusat Asasi IIUM Petaling Jaya. Alhamdulillah rezeki aku melimpah ruah tahun ni. Syukur aku panjatkan kepada Nya. Daripada keeputusan SPM sehingga lah ke tawaran Universiti. Sains Kemanusiaan. Anyone? Bye bye matriks and say hello to Uia.

Oh ya tidak lupa juga sekalung ucapan tahniah buat wartawan TV3 Nik Suryani yang telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka kontroversi Saiful Bukhari. Juga Selamat Pengantin Baharu 'LAGI' kepada Ustaz Azhar Idrus yang juga telah selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita muslimah. Alhamdulillah, nombor 3 ye ustak?