21 July 2013
Centre for Foundation Studies (cfsiium)
Assalamualaikum.
Dua bulan lebih aku berada di Centre for Foundation Studies IIUM Petaling Jaya (CFS IIUM). Dalam jangka masa dua bulan lebih ni, banyak pengalaman yang aku dapat. Sangat banyak. Daripada hari pertama aku melangkahkan kaki ke situ aku berazam untuk tidak menjadi seperti dulu lagi. Alone,malas belajar,pemalu and so on. Tentang kawan. Untuk mencari seorang kawan karib mungkin tidak bagi aku. Kerana apa, pendapat aku biarlah aku berkawan biasa dengan ramai orang daripada mempunyai seorang kawan karib yang mungkin banyak risikonya. Hari ini, baru aku tahu bagaimana kehidupan seorang mahasiswi di universiti. Dengan jadual yang agak pack, baju basuh sendiri, makan kena cari sendiri. Ini lah ghopenye kehidupan berdikari. Pada awal bulan pertama, aku masih lagi merangkak menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Dari segi bilik,makan dan mencari kawan yg baru itu tidak mudah. Alhamdulillah segalanya berjalan dengna lancar.
Di Cfs ni memang tak lekang dari event. Seriously hampir setiap hari mesti ada je program dari pelbagai society. Betul lah kata senior, kita sendiri takkan terkejar nak pergi semua event ni. Suatu hari, malam briefing untuk society aku di Smawp 3. Pada penghujung majlis, aku dah pun apply untuk menjadi salah seorang commitee untuk society ni. Alhamdulillah aku terpilih antara mereka yang lain. Perjalanan hidup aku sebagai seoarang commitee seingat aku hampir sebulan sudah. Tentangan? Semestinya ada tapi aku cuba yakinkan mereka dan alhamdulillah kata kata semangat sentiasa terucap untuk aku. Secara jujur pada mulanya aku rasa give up dan berniat untuk tarik diri. Tapi,selepas memikirkannya semula, untuk apa aku berkorban masa pergi interview, sesi module dan sebagainya? Adakah hanya untuk give up di pertengahan jalan? Maka aku teruskan perjuangan aku. Aku berasa sangat sangat bersalah kerana aku tidak dapat melakukan tugas dengan baik. Sangat sangat bersalah. Dan kini aku rasa tidak layak untuk menjadi secetrary mereka. Tapi In Shaa Allah, aku akan cuba perbaiki diri aku, perbaiki kerja aku, perbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki.
Perasaan. Memang betul ianya adalah fitrah manusia. Kerana manusia semua ada hati dan perasaan bukan? Begitu juga aku. Jujur aku memang lemah dalam mengawal perasaan. Aku tidak kuat. Aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasa. Seperti biasa, aku bertepuk sebelah tangan. Ya aku tidak mengharapkan untuk ada 'apa-apa' antara kami kerana aku hanya memendam rasa ini. Namun aku berasa sangat kecewa tatkala melihat tanda tanda bahawa si dia sudah pun dimilik hatinya. Aku pasrah dan aku cuba memohon pertolongan dari Nya untuk redhakan hatiku ini. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah pemilik hati kami. Maka engkau peliharalah hati kami daripada terjebak dengan perkara yang lagha seperti ini.
Inspirasi oleh
impian ashiey