29 December 2013

29 Disember 2013


Assalamualaikum.

Hai aku datang lagi! Last post ; 2 Oktober 2013. Wow. Lama dah aku tak menaip. Mungkin diri aku sendiri. Yang menulis ikut mood. Kini ingin aku sajikan santapan cerita selama dua bulan sejak aku biarkan rumah usangku ini.

Untuk aku bercerita from A to Z memang tak. Sebabnya, daya ingatan aku yang tak seberapa. Hanya beberapa perkara penting yang aku masih ingat.

Suatu hari aku attend satu meeting. Meeting kecil kecilan. Di sini, aku di brainwash. Haha! Aku tak salahkan mereka. Sebabnya, semua yang mereka cakap tu betul. Dan aku sedar perkara tu. Tapi, satu masalah aku malu. Aku takut untuk berubah. Aku beruntung mengenali mereka, kerana mereka seolah olah mengerti apa yang aku rasa dan mereka bantu aku untuk berubah. Sejak dari meeting tu, serta merta perasaan ni berubah. Aku merasa lebih sayangkan mereka dan mereka seolah olah adik beradik aku sendiri. Ribuan ucapan terima kasih buat mereka yang membantu aku. Kini aku berusaha. Untuk lebih aktif! Taknak pasif pasif dahh. :)

Oh ya. Seminggu sebelum EPT, aku mengambil risiko untuk pergi bercuti. Berani kann? Nama bercuti. Makanya memang taklah aku nak bukak buku. Lokasi kami sekeluarga kali ini ke bandar bersejarah dimana tempat aku dilahirkan iaitu Melaka. Selama empat hari tiga malam kami disana. Dia punya seronok, uish tak dapat diungkapkan dengan kata kata. And it was my first experience pegang ular, Feeling dia seronok bercampur takut. Hee. Satu benda yang aku beli di Melaka dan benda ni aku gunakan untuk prank orang. And yes I did it! Ahha :D Satu kelas menjerit dengan 'cicak getah'. Minta maaf lah kawan kawan hihi. Tempat biasa orang lawati, Zoo Melaka, Muzium Samudera, Taman Reptilia and etc.

As usual, tatkala aku melangkahkan kaki ke Melaka, mesti aku terkenagkan seseorang. Seseorang yang pernah mendidik aku subjek ** untuk menempuh peperiksaan SPM dahulu. Dia ni bujang. Masa SPM dulu aku pernah minat kat cikgu ni. Dulu k dulu. Haha #gatalbaqhang  Nak dijadikan cerita, hari kedua aku di Melaka, cikgu ada text aku. #tautaujekitafikirkandia Just inform aku ada benda yang dia nak bagitahu. Ok, apa feeling korang kalau ada orang cakap macam ni dan biarkan tergantung macam tu dengan penuh tanda tanya? Ohh perasaan tu sangat tidak enak. Sebenarnya aku dah dapat rasakan apa yang dia cuba bagitahu. Tapi aku ubah mindset aku. Dan akhirnya aku berjaya ubah mindset tu. Empat hari aku kat Melaka dengan perasaan tanda tanya. Akhirnya...... Ternyata instinct aku benar. I'm speechless. But he's just confess what he felt. Not more than that. Jadi takda apa yang perlu aku katakan selain daripada ucapan terima kasih kerana mendoakan aku. Itu sahaja. Cerita kami berakhir disitu tanpa sebarang kata. Cuma satu yang aku harapkan, ukhuwah kita semua geng PTM takkan retak.

Habis bab tu masuk bab lain. Sekarang, cuti sem. Aish, 2 minggu je pun. Tahun depan sem 3. maksudnya sem yang banyak kerja. Dengan subjek yang melambak, ditambah pula dengan komitmen pada society, dengan event yang melambak. Nampak gaya macam aku jarang balik sem depan wuu. Mudah mudahan aku dapat bahagikan masa dengan betul. Subjek sem depan tough pulak tu. I'm going to tak Psychology next sem hoi. Subjek favourite! Walaupun tak pernah belajar... Samapi hari ni, aku rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil course ini di universiti pilahan pertama di hati. Kadang aku fikir.. Allah beri semua yang aku nak. Tapi aku jarang melaksanakan tanggungjawab aku terhadapNya... Pentingnya rasa bersyukur tu supaya kita tak lupa dari mana semua nikmat ni datang kalau tak dari Allah S.W.T.

Cukup sampai disini dahulu aku berceloteh. Mungkin dua bulan akan datang aku datang balik? Hihi. Jika diizinkan Allah..Akhirkalam, ampunkan diri ini jika ada buat sesiapa terasa. Yang buruk datang dari diri yang jahil ini manakala yang baik baik datang dari Allah maha besar..

Wassalam.


02 October 2013

First Year, First Semesster,


Assalamualaikum.

Oh blogspot,kekasihku. Aku memohon seribu kemaafan diatas ketidak hirauan aku terhadap kau,wahai blogspot. Saat ini, 2 Oktober jam 4.28 petang aku menjenguk engkau semula. Waktu ini aku dalam keadaan bahaya. Ya, dangerous. Kerana aku telah pulang kerumah dengan senyap senyap. Ehhe. Moga fellow tak dapat tangkap.

Oh ya. Walaupun aku dalam medan pertempuran menghadapi final exam, aku masih lagi bersenang lenang di sini. Sungguh aku tak percaya. Berbaki seminggu sahaja lagi untuk aku habiskan semester yang pertama di CFS IIUM ini. Saat saat terakhir aku dan kawan kawan bersama lecturer itu sangat menyedihkan. Alhamdulillah kami dikurniakan lecturer yang sangaaaaat lah baik dan sekepala dengan kami sebenarnya. Aku bersyukur kerana kami tidak diberi task yang banyak. Pabila aku melihat gelagat rumetku, aku berfikir sejenak. "Bila aku nak banyak kerja macam diorang?" Haa kan.

Jujur aku kata. Aku lebih merasa seronok sekarang berbanding dahulu. Mungkin suasana, kawan kawan atau mungkin.... Walau apa pun, aku tetap merindukan waktu dahulu. Kini, aku berani mengatakan yang aku kini tidak seperti dahulu lagi. Aku yang dahulunya pendiam kini menjadi 'agak' banyak cakap. Aku yang dahulunya control 'macho' kini menjadi diri sendiri. Senang cerita everything went well here.

21 July 2013

Centre for Foundation Studies (cfsiium)


Assalamualaikum.

Dua bulan lebih aku berada di Centre for Foundation Studies IIUM Petaling Jaya (CFS IIUM). Dalam jangka masa dua bulan lebih ni, banyak pengalaman yang aku dapat. Sangat banyak. Daripada hari pertama aku melangkahkan kaki ke situ aku berazam untuk tidak menjadi seperti dulu lagi. Alone,malas belajar,pemalu and so on. Tentang kawan. Untuk mencari seorang kawan karib mungkin tidak bagi aku. Kerana apa, pendapat aku biarlah aku berkawan biasa dengan ramai orang daripada mempunyai seorang kawan karib yang mungkin banyak risikonya. Hari ini, baru aku tahu bagaimana kehidupan seorang mahasiswi di universiti. Dengan jadual yang agak pack, baju basuh sendiri, makan kena cari sendiri. Ini lah ghopenye kehidupan berdikari. Pada awal bulan pertama, aku masih lagi merangkak menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Dari segi bilik,makan dan mencari kawan yg baru itu tidak mudah. Alhamdulillah segalanya berjalan dengna lancar.

Di Cfs ni memang tak lekang dari event. Seriously hampir setiap hari mesti ada je program dari pelbagai society. Betul lah kata senior, kita sendiri takkan terkejar nak pergi semua event ni. Suatu hari, malam briefing untuk society aku di Smawp 3. Pada penghujung majlis, aku dah pun apply untuk menjadi salah seorang commitee untuk society ni. Alhamdulillah aku terpilih antara mereka yang lain. Perjalanan hidup aku sebagai seoarang commitee seingat aku hampir sebulan sudah. Tentangan? Semestinya ada tapi aku cuba yakinkan mereka dan alhamdulillah kata kata semangat sentiasa terucap untuk aku. Secara jujur pada mulanya aku rasa give up dan berniat untuk tarik diri. Tapi,selepas memikirkannya semula, untuk apa aku berkorban masa pergi interview, sesi module dan sebagainya? Adakah hanya untuk give up di pertengahan jalan? Maka aku teruskan perjuangan aku. Aku berasa sangat sangat bersalah kerana aku tidak dapat melakukan tugas dengan baik. Sangat sangat bersalah. Dan kini aku rasa tidak layak untuk menjadi secetrary mereka. Tapi In Shaa Allah, aku akan cuba perbaiki diri aku, perbaiki kerja aku, perbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki.

Perasaan. Memang betul ianya adalah fitrah manusia. Kerana manusia semua ada hati dan perasaan bukan? Begitu juga aku. Jujur aku memang lemah dalam mengawal perasaan. Aku tidak kuat. Aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasa. Seperti biasa, aku bertepuk sebelah tangan. Ya aku tidak mengharapkan untuk ada 'apa-apa' antara kami kerana aku hanya memendam rasa ini. Namun aku berasa sangat kecewa tatkala melihat tanda tanda bahawa si dia sudah pun dimilik hatinya. Aku pasrah dan aku cuba memohon pertolongan dari Nya untuk redhakan hatiku ini. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah pemilik hati kami. Maka engkau peliharalah hati kami daripada terjebak dengan perkara yang lagha seperti ini.